.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Thursday, December 30, 2010

Doa Nabi Daud A.S meraih cinta Allah S.W.T

Assalamualaikum sume...
ni juz nak share ngan sume doa yang selalu Nabi Daud a.s amalkan...jumpa doa ni kat fb tadi...so,cam bminat jer nak share ngan korang sume...


Bismillahirrahmanirrahim…
Ya ,Allah kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMU…dan cinta kepada orang yang mengasihiMU,dan apa yang sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMU..jadikanlah cinta itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan…Ya Allah sesungguhnya aku memohon cintaMU dan cinta orang yang mencintaiMU…serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU…Ya Allah apa sahaja Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai ,maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cinta..Ya Allah jadikanlah cintaMU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku ,hartaku,dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah ,jadikanlah aku mencintai MU,mencintai malaikatMU,RasulMU dan hambaMU yang soleh..Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cintaMU dan jadikanlah aku bagiMU seperti Enskau cintai…Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMU dengan segenap cintaku…dan seluruh usahaku demi keredhaanMU…
AMIN….
[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]


orait...renung2kan dan selamat beramal yer kawan2...


p/s: sambungan entry dibawah akan diupdate kemudian~



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home