.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Monday, March 7, 2011

::Bersyukurlah~::

Assalamualaikum wbt...
hai semua...harap sihat-sihat lah hendaknya ye....
tadi dok berjalan-jalan cari benda untuk dibaca...terjumpa satu notes kat fb ni...sangat bagus...jom baca...
bersyukur sebab 'TAK CANTIK'

by Naza Melman on Thursday, February 10, 2011 at 6:26am
Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

amacam?best tak?Alhamdulillah...bersyukur lah dengan apa yang kita ada...segala apa yang diciptakan Allah itu sempurna semuanya...tak payah lah kita nak pergi wat surgery untuk betulkan hidung sume...hee...walau hodoh mane pown anda rasa diri anda, jika baik hati dan budi, anda akan sentiasa kelihatan cantik...jika diberikan kecantikan oleh Allah, berusahalah untuk memeliharanya dengan cermat...tutup lah apa yang perlu anda tutup terutamanya muslimah...renung-renungkan dan selamat beramal~

p/s: biarlah kita tidak cantik pada pandangan manusia, asalkan kita cantik pada pandangan Allah~=)


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home