.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Thursday, December 23, 2010

::~MaLam Yang Hening~::

Assalamualaikum~
selamat malam sume(erk,bukan malam actually dah pagi dah pown...)cita2 hari ni nak tido awal, tapi tak tercapai plak...adeyh~
orait2...di malam yang hening ni, zera juz nak share sumthing..kebaikan surah al-mulk...tadi dok terbukak blog cik zaty kecik n dye ade la menceritakan pasal kebaikan surah al-Mulk~
juz nak share ngan blogger sekalian, sedikit onfo mengenai surah Al-Mulk ni~


Surah Al-Mulk (kerajaan) yang mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-67 dalam juzuk 29 adalah antara surah-surah yang menjadi zikir pilihan harian kebanyakan mukmin.

Diturunkan sesudah surah Ath-Thuur dan termasuk dalam kelompok surah-surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyah), Al-Mulk juga dinamakan dengan surah At-Tabaarak (Maha Suci).

Surah ini juga agak pendek (30 ayat) tetapi padat dengan peringatan, iktibar dan nasihat melibatkan akidah. Maka ia lebih mudah dihafal untuk difahami dan dijadikan pedoman hidup.

Malah Al-Mulk yang dijadikan zikir ini, jika dihayati dan difahami sebaik-baiknya ia adalah penyelamat akidah Mukmin dalam mengamalkan kehidupan harian yang penuh pancaroba sekarang.


terdapat banyak fadhilat surah ni...biasenye, surah ni diamalkan sebelum tidur..actually, zera sendiri pown amalkan bacaan al-Mulk ni since dari SAMURA...siyes, sebelum masuk SAMURA, zera takde la baik sangat, tak berape nak tau surah2 yang baik untuk diamalkan...dulu juz tau bace Al-Quran tiap kali lepas maghrib n bace yasin jer...Alhamdulillah, lepas masuk SAMURA, zera dapat banyak sangat ilmu pasal agama, kawan2 n pengalaman hidup..hee~

Insya-Allah, segala ilmu itu akan terus diingati...okey la, bloggers2 sekalian, harap korang pown boleh la try bace2 n amalka surah al-Mulk ni coz surah dye xpanjang sangat n insya-Allah mudah nak ingat...kalo nak tau fadhilat2 surah Al-Mulk ni bley la klik kat SINI..

lepas baca Al-Mulk tadi rasa cam nak nangis jer..tiba2 jer rasa bersalah kepada banyak benda...haihs..Ya Allah, ampunilah diriku~



p/s: malam2 camni, best sangat coz dapat tenangkan fikiran...malam2 camni gak la sangat sesuai nak mengadu nasib kat Kekasih kita~ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada diriku, ahli keluargaku, rakan2ku dan org yg pernak=h kucintai dalam menempuhi hidup ini...pada kamu(tau2 je la ek), insya-Allah, Allah akan permudahkan segalanya untuk kamu..my prayer will b wif u..hmm~



3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home