.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Thursday, March 24, 2011

::~Di mana DIA dihatiku?~::

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernahkah persoalan-persoalan ini mengetuk pintu hati anda? dimana DIA dihatiku? siapa DIA dihatiku? ada kah DIA dihatiku?

Jika persoalan ini pernah mengetuk pintu hati anda, apakah jawapan untuknya?

Mengapakah perlu diletakkan dalam hati?mengapa tidak di fikiran? betapa pentingnya hati ini untuk kita...pernah anda dengar satu quotation "Action speaks Louder than words"?agaknya mengapakah itu?

sebenarnya, manusia lebih mengikut rasa berbanding fikiran dalam melakukan sesuatu..kebanyakan apa yang kita lakukan adalah bergantung pada apa yang kita rasa berbanding apa yang kita fikirkan..contohnya, seperti solat subuh...kita fikirkan solat subuh perlu di lakukan, tapi kita rasa mengantuk dan tidur itu lebih seronok...oleh itu, 'burn' la subuh pagi itu..(mintak dijauhkan ye~)

Mengapa kita perlu meletakkan Allah di hati kita? Apabila Allah berada di hati kita, segala perbuatan kita akan menjurus kepada kebaikan..ibarat pelita, jika pelita diletakkan di atas bumbung, adakah ia akan menerangi seluruh rumah itu? oleh kerana itu lah, kita perlu meletakkan pelita itu di dalam rumah...begitu juga Allah, Allah ibarat pelita dalam hidup kita, jika Allah diletakkan di dalam kepala, adakah kita akan sentiasa mengingatinya? jika Allah berada di hati kita, insya-Allah, segala apa yang diperlakukan, kita akan lakukannya kerana Allah..


apabila Allah hanya di fikiran dan bukan di hati pelbagai perkara yang akan berlaku..pernah kah kita terfikir dan terlihat, bahawa mereka yang mempelajari Agama, tetapi tidak mengamalkan? hampir setiap sekolah yang mempunyai Muslim akan diwajibkan untuk menduduki Pendidikan Agama Islam..hampir segalanya diajar dalam subjek ini, baik tentang akidah, ibadah, akhlak dan juga sirah..tetapi mengapa masih ada lagi segelintir mereka yang mempelajari Pendidikan Agama Islam ini tidak mengamalkannya?

Hal ini adalah disebabkan oleh Ilmu yang Dipelajari tanpa tauhid..hanya dimasukkan di dalam kepala seperti "pendrive" dan kemudian apabila ujian tiba, segalanya akan dimuntahkan di dalam kertas jawapan..Ingatlah, segala apa yang kita pelajari, masukkan ia terus ke dalam hati. dan letakkan Allah di hati anda, agar ketenangan diperoleh..

Kualiti Hati

Bagaimanakah kualiti hati kita? adakah "terbaek" bak kata boboi boy? ataupun biase-biase je? bagaimana untuk kita menganalisa kualiti hati kita ini? cuba kita tanya pada diri kita:

1) Dengan siapa kita bergaul?
2) Buku apa yang telah kita baca?

pernahkah anda ikir apa yang berada di dalam hati kita? apa yang boleh merosakkan hati kita? dengan sifat mazmumah dan ibu bagi sifat mazmumah ini ialah sifat takbur..bila adanya sifat takbur ini dalam hati kita? apabila kita merasakan diri kita ini lebih baik, aapabila orang lain dipandang hina dan kebenaran ditolak..dirasakan bahawa Allah itu tidak BESAR...

apabila merasakan hati kita itu telah kotor, cubalah untuk mengelapnya dan mencuci nya...bagaimana? dengan rasa bersalah dan mohon ampun kepada Allah...cepat-cepat bertaubat, agar titik hitam yang terbentuk tidak akan membbentuk segumpal kekotoran pada hati...nauzubillah..

sebenarnya banyak lagi untuk dikongsikan berkenaan program FEWWIT yang dianjurkan oleh iluvislam.com ni...anda boleh la ke laman iluvislam.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal program yang telah diadakan pada ahad lepas...(yup, baru nak update coz kena siapkan draft...hee~)

p/s : kak Wardina, Ustaz Pahrol Juoi dengan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofree sangat best...tak rasa ngantuk pown...sonok3~




3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home