.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Thursday, September 17, 2009

.:20th birthday:.

MySpace
Happy Birthday to Me!!
huhu...
ni nak story pasal my surprise birthday celebration..wee~
MySpace
13 September 2009

awal sangat la budak2 ni celebrate my birthday..hee..
tapi memang sangat terharu la kan...
petang tu kitorang ade wat majlis buka puasa kat umah dr.bad ngan dak2 duta skali...majlis buka puasa tu biase jer..huhu...tapi aku rase penat sangat,balik2 jer dari umah dr bad terus tertido...pastu tetibe dapat lak mesej ajak aku gi meronggeng malam2 dan menggila daripada doreen n zaza...aku cakap aku taknak coz tak mampu n tak larat gile la kan...huhu...
akhirnya,aku dipaksa oleh doreen n zaza untuk pegi gak cam tak sedap lak kalo tak gi coz diorang dah tunggu kat depan pintu bilik kan...hee~
kitorang pown jalan la ke foyer,tapi bile sampai jer kat blok A....
satu adegan penculikan telah berlaku,mereka telah menutup mataku dan menculik diriku yang tak seberapa ni n dibawa ke tempat yang aku tak pasti waktu tu..(dah mata kena tutup kan,mane la nak tahu..huhu..)
bila diorang bukak jer balutan kat mata aku ni......
MySpace


terharunya saya....
melihat sebiji kek di depan mata ngan diorang semua menyanyi dengan iringan gitar ling2..sangat lah terharu, lalu jatuh lah air mataku...huhu...sgt la best...sayang sangat kat korang...dah la kat tengah2 jambatan putrajaya tu...seronok giler la...memang aku tak pernah terfikir pown nak celebrate birthday kat situ...terharu2...lepas tu kitorang dok men snap2 pic kat area putrajaya tu...kat bawah ni antara pic yang kitorang snap n pic semasa kejadian berlaku....huhu...

16 september 2009

kali kedua kejutan untukku berlaku...lagi sekali aku terharu...wuwu...minah terharu betul la aku ni...sikit2 nak terharu....petang tu abis kelas aku dapat mesej dari zul, dye kate malam tu ade study group...aku pown ngan semangat nye bersiap-siap untuk study walaupun nak cuti dah ni...huhu...dengan laptop nya, dengan buku tebal lagi, macam ala-ala budak skema aku gi ke fssk dengan tika n zurin..tapi aku cam pelik coz tika n zurin takde lak bawak buku banyak2 cam aku...sampai jer kat fssk, diorang semua nyanyikan lagu birthday untuk aku...terharu nya...ntah berapa kali lah aku nak terharu....aku pown tak paham dengan diri aku ni...huhu....dah la semua dorang masak sendiri, mana la aku tak terharu gile...dorang masak makanan favourite aku, spaghetti...thanx to bunda n zurin coz tolong masak...sayang sangat2 kat korang semua...dak2 study group yang sangat best...

tu la antara cerita surprise party untuk aku...surprise party dari adik-beradik up tak dapat nak gi coz aku kena balik awal tym tu...thanx sgt korang...seronok dapat kawan cam korang semua...sayang korang semua sangat2....tak lupa jugak kat muhammad hilmi abdul ghaffar coz bagi hadiah yang sangat best untuk birthday orang...sayang kamu....


p/s : pic akan di upload nanti...ade prob ckit...

Tuesday, September 8, 2009

.:kunci kehebatan diri anda:.

Ketahui di mana pusat kehebatan anda. Satu rahsia yang dibongkarkan.
Mesti baca!
Sumber utama JANAKUASA KEHEBATAN ANDA!!!!
Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri.Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter .
Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan. Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia. Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang. Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut.
Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai? Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari. Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering menyebut
Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana AllahTuhan seluruh semesta alam. Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat.
Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan. Misalnya anda ingin menjadi seorang penceramah yang hebat maka sentiasa ulangkan perkataan ” Saya janji akan pastikan diri saya akan menjadi penceramah nombor satu di Malaysia” katakan dengan tegas dan sepenuh jiwa raga dan sentiasa diulang-ulangkan paling kurang 5 kali sehari. InsyaAllah , saya amat yakin anda akan berjaya. Artikel asal : mindataqwa

.:Tanda-tanda hati mati:.

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Wallahua'lam

p/s-hendaklah kita saling mengingati antara satu sama lain...