"Aku harap kita punya persahabatan kekal selamanya n study group kite kekal sampai grad". Ayat tu masih terngiang-ngiang kat telinga aku ni. seronok sangat waktu tu, kita bahagia macam satu keluarga. segala masalah dkongsi bersama. "Masalah kita kongsi sama-sama. Happy n sedih sama-sama. Tiada rahsia antara kita." Indah sangat waktu tu. Belajar bersama, makan bersama, keluar bersama, pokoknya semua dijalani bersama.
Teringat aku kat satu peristiwa ni, waktu tu same-same tiada pengangkutan dan ramai-ramai pergi beli barang untuk celebrate birthday same-same. Seronok walaupun naik bas, seronok walaupun semua orang penat tym tu. Kami makan kat pizza hut, tapi tym tu tak tahu kenapa pizza tu kecik jer n kitorang waktu tu takda banyak duit sebab waktu tu jpa tak masuk lagi. kitorang makan berbagi-bagi. Sangat terharu.
Bila teringatkan perkara-perkara tu aku mesti akan menangis. Yelar, dorang kate aku ni minah terharu. memang pown, aku memang cepat terharu. Aku sangat senang sayang n percaya kat orang. Aku cepat beralah bila bergaduh atau ada perselisihan faham. Tapi orang tetap pandang aku ni teruk, taktahu kenapa. Mungkin sebab aku ni memang jahat kot. Aku ikhlaskan semuanya, tapi kita tak boleh berbicara tentang ikhlas sebab ikhlas tu ibarat semut hitam atas batu hitam di malam yang gelap. Kita tak tahu pun ikhlas tu ape dan kita tak nampak pun keikhlasan tu. Dalam persahabatan perlukan keikhlasan, tu yang aku cari dalam persahabatan. Tapi sejak beberapa ketika ni, aku mula terfikir yang tak semua orang berkawan berdasarkan keikhlasan.
Susah nak cari kawan senang dan susah. So far, sebelum2 ni aku tak pernah pulak rase susah nak cari keikhlasan dalam persahabatan. Mungkin sebab dorang pown sayang aku macam mane aku sayang dorang. Kawan waktu senang n susah memang susah kan nak cari. Aku sayang kat fatin, shairah, jiha, lynn, camel, nisya, ziela, hani, zaza, doreen, tiqa, zurin, dila, mira, erin n tak lupe gak tika. Semua kawan-kawan yang sangat aku sayang. Tak lupe gak kat amer, lan, cilai n zul. Aku sangat sayang kat korang semua.
Hmm~ bila tak lagi seiring dan sejalan pelbagai anasir muncul dan mungkin ade tembok antara kita. Aku harap kita jadi sahabat di dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, kekalkan lah hati-hati kami di jalanMu, eratkanlah hati-hati kami ini dalam berjuang di jalanMu. Kuatkanlah diri kami dan peliharalah ikatan antara kami dalam mencari keredhaanMu. amin,ya Allah, amin, ya Rabb.
Sesungguhnya persahabatan ini sangat penting bagiku. Moga segala doa dimakbulkan.
Labels: konflik diri