.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Saturday, January 14, 2012

.:penyakit yang tiada ubat?:.

Assalamualaikum wbt...

manusia...perangai manusia ni macam2 kan? kadang2 kite sendiri tak dpat nak agak perangai seseorang tu...pada awalnye nampak baik, bila makin lama, makin banyak ilmu di dada makin bongkak pula di kalangan rakan2 nye....belum lagi diambil kira mereka yang pada mulanya okey, tapi makin lama kita kenal, makin banyak perkara yang di ada2 kan...bertujuan nak nampak gah kononnya...hmmm~

bila diperhatikan kembali, kadang2 rasa nak gelak pon ade, nak guling2 pon ade gak...tak tau ape yang nak dikejar sehingga ingin nampak gah di sisi manusia...perlukah?

bermegah2 satu hal, belum lagi mengapi2 kan orang lain, bermuka-muka di  hadapan orang...kadang2 sampai melaga2 kan orang lain...apekah? mungkin akhir zaman ni macam2 perkara seperti ni bley berlaku...fitnah berada di mana2...

kadang2 bila terlalu mengejar kemegahan kita jadi lupa siapa kita sebenarnya...dimana diri kita terletak disisi Allah kerana terlalu mengejar nama di kalangan manusia...perlukah menjadi sempurna di mata manusia tetapi cacat di mata Allah?cari keredhaan Allah tu kan lebih baik...



btw, entry ni takde kene mengena dengan yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia ye...zera juz nak cite je benda2 yang diperhatikan selama ni...sekadar nak berkongsi dan mungkin bertukar2 pendapat...tak rasa ke cam ramai gak manusia jenis cam ni kat dunia ni?

mungkin zera pon kadang2 camni gak kan...sebab tu zera tulis entry pasal ni, selain memperbetolkan diri sendiri,dapat gak mengingatkan rakan2 yang lain kan...=)

akhir kata...mungkin anda boleh amek kata2 ni sbg pedoman...




p/s: saja nak post entri ni coz macam2 zera tengok perangai manusia skang...kadang2 sampai tak faham ngan perangai manusia sendiri....penyakit kot perangai macam ni...=)


Labels: ,

Wednesday, January 11, 2012

..Rabu yang tak berperkataan?(Wordless Wednesday)..

Assalamualaikum wbt....

penyakit zera nak hapdet blog selalu dah mai...ni yang dok hapdet selalu ni...kalo tak habaq hang sekali nak hapdet pon susah....orait2...for wordless wednesday yang menjadi trend blogger2 ni,nak share sumthing...hee~



ape yang perlu diperkatakan?kata wordless wednesday...hee...(konon nak jd secretive la ni)...lalalala~


p/s : this was the time evrything's begin....=)

Labels:

Tuesday, January 10, 2012

.:bila berkata tentang jodoh:.

Assalamualaikum WBT..

Ni merupakan entry zera yang agak tertunggak tak tau berapa lame...huhu...
by the way, bila berkata tentang jodoh macam2 benda yang terlintas difikiran kita kan...asal cerita pasal jodoh je, mesti orang akan ingat kawen...yelar,sape yang taknak mendirikan rumahtangga kan...even yang bujang sampai ke tua pon mesti pernah terdetik kat hati nak pedamping di sisi sewaktu hari tua kita...mesti la nak kan zuriat dari darah daging kita kan..dan macam2 lagi la...

orait,enough wif da muqadimah, kalo bagi zera bercerita memang tak habis2 cite la kan...huhu~
anyway, pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih pasangan ni...dan di bawah ni, zera ade nak share sket 1 artikel dari iluvislam.com mengenai 10 petanda dia tu jodoh kita....





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com
orait,dah bace semua dah?ape komen anda?menarikkan?
point yang paling penting untuk ditekankan sebenarnya ialah point no 9 dan 10...hee~
insya-Allah, dengan meminta pada Allah, segala yang terjadi akan diberkati olehNya.
entry ini di tulis takde kena mengena ngan diri zera ya..zera saja nak share pasal benda ni, bukan apa kan bagi zera macam semua orang patut tau benda ni...supaya takde yang tersalah pilih dan mengurangkan risiko berlakunya penceraian di Malaysia ni...huhu~
kadang2 zera sendiri pon rasa takut nak kaween bila dipikirkan risiko2 yang bakal berlaku...tapi insya-Allah, jika kita meminta pada Nya, pasti Allah akan beri yang terbaik untuk kita....


p/S : bila bace entry ni nampak sangat zera gatai tak sabar nak kawen kan?tapi mengikut perancangan lambat lagi...banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...=P


Labels: ,

Sunday, January 8, 2012

.:persoalan yang terdetik di hati...:.

Assalamualaikum wbt.



terlalu banyak persoalan yang bermain di minda...sampai kadang2 zera terpikir layakkah diri ni berada di muka bumi Allah ni...
persoalan yang cuba zera nak timbulkan ni mudah je...mungkin rakan2 sume ade jawapannya...

"Layakkah kita persoalkan sesuatu yang telah ditetapkan olehNya?"

mungkin kadang2 kita pernah mempersoalkan takdir yang telah ditetapkan olehNya, tapi pernah terpikir tak, layak ke kita untuk mempersoalkannya? siapa kita kalau nak dibandingkan dengan Dia? 
yup,kadang2 zera sendiri pon ade mempersoalkannya...tapi bila pikir2 balik, mungkin ade hikmah disebalik apa yang berlaku...

kadang2 terbaca status or tweet kawan2 yang menyatakan pasal takdir yang tak diingini,wat zera sendiri terpikir...kadang2 kita salah kan orang lain sebab kita jadi macam tu, kadang2 kita salahkan takdir...bukankah takdir itu qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah?
siapa kita untuk mempersoalkannya?kita ni lagi besar dari Allah kah?

pernah terbayang tak, kalau Allah mempersoalkan tentang apa yang kita buat?kita ni hamba Allah,tapi kita nak demand lebih2 pulak kan?cukup taat ke kita kepada Allah?solat kita cukup ke 5 kali sehari?kita mengaji Al-Quran hari2 ke?

cuba bayangkan jika Allah persoalkan tentang perangai kita sebagai hambaNya...kita yang tak menjaga segala amalan serta sikap kita sebagai hambaNya...apa akan terjadi jika Allah tarik 1 nikmat yang telah diberikan olehNya kepada kita....bayangkan 1 je, jika Allah tarik oksigen daripada muka bumi ni...apa yang terjadi kepada kita semua?Nauzubillah...mintak2 la dijauhkan...

oleh itu,kawan2 semua...zera bukan la bagus sangat pon kan...even entry ni zera tulis pon sebab nak sedarkan diri sendiri jugak...hee...sama2 la kita perbetolkan diri kita ni...mungkin perbetolkan hati kita ni...hati yang bermasalah akan membawa kepada penyakit yang memudaratkan...


Nabi Muhammad s.a.w bersabda ;

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota 

badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.

 Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)



p/s : persoalan ni selalu sangat bermain dalam pikiran zera dari semalam lagi lepas balik dari SAMURA...hee~

Labels:

Sunday, January 1, 2012

.:Tahun BaRu??:.

Assalamualaikum wbt...
ade ape dengan tahun baru?untung kan bagi umat Islam,kita dapat menyambut 2 kali tahun baru...tahun baru Hijrah serta tahun baru Masihi...

Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di tahun baru Masihi yang baru sahaja membuka tirainya ni..bagaimana pula dengan azam tahun baru kita?masih seperti tahun lepas,atau kita bawa kan sahaja azam tahun lepas ke tahun ni?

enough wif da muqadimah...kalau difikirkan balik, macam2 benda dah berlaku sepanjang tahun 2011...kalau wat timeline memang penuh la 1 blog ni...huhu~

Alhamdulillah,walaupun banyak pahit manis berlaku sepanjang tahun lepas,pasti ade hikmah disebaliknya kan...tahu 2011 ni banyak mengubah Zera...tak tahu la jadi makin baik ke tak kan..hanya kawan2 la yang dapat membezakan Zera dulu n Zera skarang....hee...

Tahun 2011 yang penuh kenangan manis, tahun yang paling ramai Zera dapat kawan baru...thanx la to Awak kan...seronok dapat kenal ramai kawan...dapat kenal junior2 SAMURA....dapat kenal membe2 tempat keje yang best...bile ramai kawan kita jadi makin hepi...n makin lame xreti dok diam kat umah...huhu~
Moga ukhwah yang terjalin semakin erat dari hari ke hari kan...insya-Allah...

Ape yang bakal berlaku pada tahun 2012 ni?kita tunggu dan lihat la ek...moga kita menjadi hamba Allah yang makin baik pada tahun baru ni...moga kita membuat lebih banyak perkara yang bermanfaat dari hari ke hari..insya-Allah...

1 ayat untuk renungan semua...
"sukar untuk melakukan kebaikan?jika begitu,cuballah untuk meninggalkan kejahatan atau keburukan kerana ia adalah salah satu kebaikan..."


p/s: bulan 1 ni banyak gak dapat jemputan kawen...rasanya tahun ni makin ramai lagi la yang kawen kan...moga bahagia ya kawan2...n xsabar gak nak timang anak buah baru ni...huhu~

Labels: