.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Tuesday, January 10, 2012

.:bila berkata tentang jodoh:.

Assalamualaikum WBT..

Ni merupakan entry zera yang agak tertunggak tak tau berapa lame...huhu...
by the way, bila berkata tentang jodoh macam2 benda yang terlintas difikiran kita kan...asal cerita pasal jodoh je, mesti orang akan ingat kawen...yelar,sape yang taknak mendirikan rumahtangga kan...even yang bujang sampai ke tua pon mesti pernah terdetik kat hati nak pedamping di sisi sewaktu hari tua kita...mesti la nak kan zuriat dari darah daging kita kan..dan macam2 lagi la...

orait,enough wif da muqadimah, kalo bagi zera bercerita memang tak habis2 cite la kan...huhu~
anyway, pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih pasangan ni...dan di bawah ni, zera ade nak share sket 1 artikel dari iluvislam.com mengenai 10 petanda dia tu jodoh kita....





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com
orait,dah bace semua dah?ape komen anda?menarikkan?
point yang paling penting untuk ditekankan sebenarnya ialah point no 9 dan 10...hee~
insya-Allah, dengan meminta pada Allah, segala yang terjadi akan diberkati olehNya.
entry ini di tulis takde kena mengena ngan diri zera ya..zera saja nak share pasal benda ni, bukan apa kan bagi zera macam semua orang patut tau benda ni...supaya takde yang tersalah pilih dan mengurangkan risiko berlakunya penceraian di Malaysia ni...huhu~
kadang2 zera sendiri pon rasa takut nak kaween bila dipikirkan risiko2 yang bakal berlaku...tapi insya-Allah, jika kita meminta pada Nya, pasti Allah akan beri yang terbaik untuk kita....


p/S : bila bace entry ni nampak sangat zera gatai tak sabar nak kawen kan?tapi mengikut perancangan lambat lagi...banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...=P


Labels: ,

Thursday, March 24, 2011

::~Congratz!!!~::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt....
apa habaq sume?lama no x hapdet...habeh dok bersarang blog ni...hee~
ni hapdet ni bukan nya apa....juz nak ucapkan congratz kat adik2 yang mendapat result SPM semalam...tak kira la korang dapat result baguih ka, tak bapa baguih ka...yang penting result tu adalah titik peluh hangpa semua...hee~
ingat ye adik-adik, if anda punya result tak bapa baguih pown, masih banyak peluang yang terbuka luas untuk adik2 semua...ingat ni..

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tudak baik bagimu.."[2:216]
Sekarang ni mesti sume dok busy2 nak pergi mana lepas ni kan..dapatkan lah nasihat daripada mereka yang berpengalaman ye..teringat plak tym dapat result dulu2...pagi-pagi subuh sepi'i dah keluar umah nak gi pudu..yelor dak sekolah jauh, taknak plak bagi mak ngan abah pi kan...berdikari kononnya..memang kitorang dari UPSR sampai SPM, mak ngan abah kami tak datang..tapi bagus gak la,takdak la nampak muka dorang bile cikgu bagi result kat kita kan...hee~

berbalik pada cite nak pi muo tu..tym tu, kalo tak silap aku pi ngan nemo(atiq) n beberapa orang yang aku tak berapa nak ingat...sowie na..malam before tu jangan dok habaq la, ketaq dye, sampai aku tido paling awal dalam family...hahaha~n pagi tu kami dah dok sms dak2 sume tanya macam mane result coz kitorang sampai nak dekat kol 11 lebih, kat radio dah umumkan pasal result sume...bertambah berdebar la kitorang kan...

sammpai-sampai je kat perkarangan SAMURA tu, rasa cam taknak jalan dah...kaki berat sungguh...tapi gagahkan gak...aku target 1 A je, coz yang confident dapat A tu paper math..yang lain cam hampeh jah...n waktu masuk dewan ramai muka yang hepi, n ade gak muka cam kecewa...aku dah cuak dah...adeyh~jumpa ustaz mujib...nasib bek muka dye tenang, kurang sikit la berdebar-debar ni kan...dye cakap result aku, aku cam tak caya, tipu gile la..tapi Alhamdulillah..melebihi target yang difokuskan...hee~

jumpa geng2 study group ku, Shark n Maboo...Alhamdulillah, dorang pon dapat cemerlang gak...mak aku call tapi aku cakap aku tak dapat result lagi...jahat tak?saja taknak bagi tahu...hee~baru la surprise sikit kan...sampai je rumah nak dekat petang...tym tu kak Sal yang jaga kitorang tanya result aku camne, aku cakap aku banyak gila fail, dengan mengeluh nya aku bagi result kat dye..pastu dye menjerit satu rumah, terkejut aku...dye lak over excited kan....haha...pastu peluk aku..mak ngan abah balik dari keje dengan muka excited nak tahu result aku, aku dengan lakonan aku biasa la kan...excited dorang,terus ajak makan luar...Alhamdulillah, usaha keras aku dan rakan2ku berjaya gak akhirnya...tak sia-sia matlamat aku juz untuk bagi contoh yang baik kat adik2 aku je...

ouh, baru sedar panjang lebar gak aku cite ye...nyway, congrats to ARIFREAK SAMURA...batch 27 SAMURA, kakngah n sume la adik2 yang amek result semalam kan...

if ade nak tanya ape2 pasal next path,sila la tanya...jangan segan dan silu...akak sangat seronok dapat tolong korang...i dunno y, i feel so happy bila dapat tolong orang ni...sangat tenang...cam nak further dalam bahagian psikologi la lepas ni, bley x?hee~
*pen off*

p/s : dat's y saya suka jadi fasi...dapat tolong orang...saya sangat suka~

Labels: ,

Thursday, March 10, 2011

::~40 orang kanak-kanak sesat di alam maya!~::

Facebook,6 Mac- Sekumpulan kanak-kanak berjumlah 40 orang dijumpai sesat di alam maya setelah hampir 11 tahun dilaporkan hilang oleh guru kelas mereka. Guru kelas mereka, Encik Adin bin Hussin menyatakan syukur yang tidak terhingga kerana berjaya menjumpai anak-anak didiknya yang telah menghilang sejak tamat persekolahan di Sekolah Kebangsaan taman Keramat 1 itu...
"amat tersentuh dan teramat gembira hatiku apabila membaca komen2 kalian.Sudah besar2 anak2 didikku dahulu. Moga2 menjadi orang yang berguna untuk orang lain di dunia ini dan gemilang di akhirat. Apa2 info rujuk kat wall cikgu k. Cikgu sayang semua....miss you always." -Encik Adin bin Hussin,39 tahun..
Dengan tak semena-mena nya, semua anak didik Encik Adin meng'add' beliau sebagai rakan di Facebook setelah merasa kehilangan hampir 11 tahun...

orait2,enough la kot...penat nak merapu panjang-panjang...hahaha~just wanna share some good moment wif all da bloggers...hee~pada 6hb Mac tu tak tau la nape, aku rasa cam rindu sangat2 tym sekolah2, tym matrix n tym kanak2 dulu...so, dengan tak ingat kerja yang berlambak nya dan dengan penuh kegigihan aku dok scan sume picture lama2 zaman tok kaduk dulu n upload kat dalam Muka Buku~picture yang paling aku suka ialah....

 

ni pic time darjah 5...5 Ehsan kat SK Taman Keramat 1...banyak kenangan dalam kelas ni...kelas kami menang hampir tiap minggu untuk kelas terbersih dan kelas tercantik...huhu...hebat tak?semua berkat cikgu Adin,dia memang sangat tegas bab-bab kebersihan ni...huhu~

tym aku upload ni, aku tag la budak2 yang ramai kawan2 dulu2 kan...pastu main tag2 sume orang...sonok lak, bukak cite2 masa dulu...macam2 cite kuar...skandal2, usik2, n macam2 lagi la...dulu yang paling ingat sekali,kitorang tak panggil kawan2 ngan nama dorang, kitorang panggil ngan nama bapak...korang dulu tym skola camtu gak tak??ke kitorang je yang macam tu ek?hee...

nga dok cite2 n sembang2 kat pic tu, tetiba ade seseorang add aku kat fb...aku pown bukak la...dengan rasa tak caya nye, n rase hepi nya...cikgu adin add aku...gile la...lama kot aku cari dye kat fb...rupa2 nya selama ni aku salah type name dye....ingatkan ade 2 'D'...rupa2 nya 1 'D' jah...sangat tak sangka kot beliau add aku...punya lah hepi...huhu~tym skola2 dulu cikgu ni dah macam bapak kedua aku dah...dye la slalu bagi nasihat macam2...pastu aku slalu tolong dye kat kebun dye...best gile okeyh...n tak sangka dye ingat aku sampai skang...n paling tak bley bla nye dye cakap gini..
"Teringat kat mata kuyu Hazirah masa kecik smpai skrg x berubah."
sabar jer la kan...tu yang beliau ingat...but orait gak la kan...jadi trade mark lak untuk orang ingat kat aku...hahaha~orait2...insya-Allah, lepas ni mungkin dorang akan wat reunion kot...n aku pasti akan pergi...n to sumone-dat-i-don't have to mention..kalo tym reunion nanti datang la..semua orang nak jumpa n hope semua ada...kalau taknak saya muncul depan anda saya juz ngan membe2 gurl je..=) n i do really hope, cikgu adin pown join sekali...hee~

insya-Allah, moga ukhwah yang kita pernah jalin dulu, kekal sampai bila2...i do love u all my friends...hee~

p/s : macam mana la muka masing-masing nanti ek?Alhamdulillah,sume membe2 dah jadi orang dah...moga kita guna segala ilmu yang kita ada di jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna kepada orang lain~




Labels: , ,

Tuesday, February 8, 2011

::~Batch 23rd SAMURIAN is da best~::

Assalamualaikum bloggers sekalian~
moga sejahtera dan sentiasa berada di bawah rahmatNya...=)
bersawang bagai dah blog ni...maaf ye lame dah x hapdet n membuat lawatan sambil belajar ke blog rakan2 sume...maaf sangat...ke'busy'an yang melampau...hee~
pasni, insya-Allah akan hapdet dan bagi info lagi banyak...

*********************************************************************************

orait...terasa diri ini cam dah tua sangat jer coz dah ade kawan2 seperjuangan yang dah kawen...huhu~
seriously, cam tak caya pown ade...but, hv to admit it, saya memang dah tua...baru nak masuk 22 tahun kot...
diz entry is actually to congratulate my dearest batch member, Aida Azmal n her husband on her wedding ceremony last weekend(5th feb 2011)...she is really gorgeous okey...
pic credit to cika...

santek kan??saya sangat suka...tahniah ye aida~
aida was da 1st person in our batch dat get married...tu yang meriah ramai2 datang...dah macam reunion skola dah rasenye...nak tau bpe ramai yang datang???
pic credit to combi.

dalam pic ni tak sume la yang masuk...ade yang segan2 ayam nak masuk kan...hee~

pic credit to cika.

pic credit to cika.


ni namanya upacara amek berkat...tangkap pic kat pelamin...huhu~
sangat suka,sebab dapat jumpa ramai dak2 skola n yang paling best is jumpa si nemo yang dah 3 tahun x contact2...
pic credit to adlie.
hey ho...sangat banyak untuk di story kan actually...but memang best la dapat kumpul ramai2 camni kan...hari tu reunion kat PD n Melaka pown tak seramai ni kot...so, mungkin next reunion akan dilakukan di majlis walimah batch member yang lain??who knows rite...yang paling penting, bile zera kawen nanti, harap sangat la sume dak batch bley datang kan...meletup gitu...(cara cakap macam nak kawen dah kan...huhu~)

juz wanna share sumthing wif all my dearest frenz...yup, cik aida ni kawan kami yang berumur akan masuk 22 tahun diz year...awal sangat ke dye kawen?bagi zera bagus je kawen awal ni banyak kebaikan nye...hee~
ape yang zera nak share ialah, ada satu hadis kalo tak silap zera, yang bagi tau 'keberkatan seorang wanita ialah apabila kawen di awal usia, murah mas kahwinnya dan cepat mendapat anak.."

seronok dapat lepak2 ngan dak2 batch after wedding tu...macam2 benda kuar...n yup, x berenti gelak...huhu~

maybe tu je kot wat mase skang...n pliz jagan tanya ble zera nak kawen....mungkin bila jodoh dah sampai...lalala~ 

p/s: hari tu zera bawak camera, but out of batt...sdey jah...

Labels: ,

Saturday, December 18, 2010

::~Aku dan Kekasihku ~::


Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!



p/s:dipetik daripada artikel aku dan kekasihku dari iluvislam.com~cintaku hanya untuk-Mu...


Labels: ,

Saturday, July 31, 2010

~insha-Allah~

Insha Allah Lyrics | Inshallah Lyrics


Everytime you feel like you cannot go on
 
You feel so lost 
That your so alone 
All you is see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can’t see which way to go 
Don’t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 

Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 

Everytime you can make one more mistake 
You feel you can’t repent 
And that its way too late 
Your’re so confused, wrong decisions you have made 
Haunt your mind and your heart is full of shame 

Don’t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 
Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 
Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 

Turn to Allah 
He’s never far away 
Put your trust in Him 
Raise your hands and pray 
OOO Ya Allah 
Guide my steps don’t let me go astray 
You’re the only one that showed me the way, 
Showed me the way x2 
Insha Allah x3 
Insya Allah we’ll find the way 

Labels: , ,