.:unbreakable thread:.

from da bottom of zera's heart

Thursday, March 31, 2011

::~special entry 4 beloved biochemist ' 08/11~::

بسم الله الرحمن الرحيم

entry kali ni lain sikit dari yang lain yep...(xpasti ape yang lain nye~hee)
orait2...1st of all, tym ni mesti korang sume nga menaip thesis dengan hebatnya, n jurnal yg bersepah-sepah atas meja n kepala serabut macam einstein n macam2 lagi la...(cm merujuk pada aku je..eheh)
aku curi masa dari type thesis jap, sebab rasa mcam perlu untuk aku tulis benda ni...*ehem~*

waktu 1st year, first2 day perjumpaan biochem, aku tak ingat kot muka sorang2...yang aku ingat tym tu, kita sume ikut puak kolej masing2...aku ngan tika n zurin, geng2 za'ba, geng2 kris mas, geng2 ibu zain, geng2 amin, geng kiy, geng2 uo n macam2 lagi la...waktu tu aku pernah terfikir, camne la nak kenal ngan dorang sume ni, bapak ramai, sampai 58 orang kot...gile la..tambah lagi, dengan masing2 dengan puak masing2...
dalam lecture hall jangan cite la plak..lagi dengan waktu 1st year kita dok campur dengan dak2 course lain...memang terasa hilang la nak bergaul n bercampur dengan baik dengan budak2 biochem yang lain...sebab tu aku, tika n zurin asyik berkepit je...sebab tu je yang kitorang kenal...=(

masuk 2nd year....masing-masing dah makin matang..matang sebab dah lama dok kat ukm ni kan...dah reti nak bercampur n bergaul...dari kami yang 3 orang berkembang jadi 9 orang....pastu tym 2nd year ni dah start kelas dak biochem sume...so, bley la berkenal2...dari kenal 3-4 orang, mula kenal geng2 lain...walaupun tak berapa nak rapat kita still satu geng....paling best, tym kita kena handle dinner pusat...waktu tu, masing2 stress...dalam stress tu, kita belajar erti persahabatan sebenar...walaupun ada yang makan dalam...kte still wat keje bersama-sama, siapkan benda2 tu walaupu dalam masa yang singkat...betul cakap wonderpet..."bila bekerjasama semua jadi mudah..."

tym diner biochem~

n waktu lab TDR pown best gak....tym tu, aq xdak segan2 lg cm waktu first year coz hampir sume dak biochem dah kenal...seronok sangat tym tu...semua orang cam bekerjasama...bila sumone tak dapat nak wat...group2 lain akan bantu...korang rasa tak ape yang aku rasa?ke aku sorang je yang rasa camtu?

tym tdr~

n waktu 2nd year ni gak la, kita kena wat macam2 projek bersama...dengan kaedah pemisahan lah, immune lah...n yang paling aku tak leh nak lupa is immune la...macam2 benda ngarut kuar....yang tak berlakon, tibe2 berlakon...sume dak biochem ni memang berbakat...juz semua nak pendam2 je...kalo la ade dinner n sempat kita wat preparation, nak je wat teater dak2 biochem involve...mesti gempak...hee~

banyak sangat plak pengalaman tym 2nd year ni kan...masuk 3rd year plak...3rd year ni sume orang dok bz ngan thesis n lab...tapi kite ni biase la kan...terkenal dengan kedegilan kita, sampai Dr. Sahidan pown cakap "budak2 biochem ni memang degil"...tapi nak wat camne kan....kita dok g wat BBQ beramai2...patutnya, untuk dak2 1st year...tapi kita yang terlebih semangat kan...

tym bbq~

macam2 la kite ni kan...dari benda yang simple2...jadi meriah macam hape entah...huhu~siap tetapkan tema bagai, padahal kita wat untuk suka2 je....ha, lagi 1....korang ingat tak jamuan hari raya? walaupun bukan kita yang organize, n ade beberapa orang yang tak mai....benda tu akan remain dalam kepala hotak aku ni sebagai memori kita bersama...cewah~

tym jamuan raya~

Alhamdulillah,selama 3 tahun ngan korang sume dak2 biochem sekalian...aku rasa bahagia sangat...(hamboi, dah macam orang bercenta plak..)walaupun macam2 yang kita tempuh dekat lab....ngan thesis2 kita...kita tetap satu family k...hope hubungan kita semua kekal sampai bila2...aku sayang sangat2 ngan korang sume....

kita ada lebih kurang 26 hari lagi dok kat ukm ni...lepas ni, bila dah praktikal n dah habis, wat haluan masing2...ingat2 lah rakan anda...tu lah function group kat fb tu di tubuhkan...hee~




last but not least....ayuh lah mengharungi cabaran yang sedang berada di hadapan kita ni...ikhlaskan hati dalam wat semua kerja yang dipertanggungjawabkan kat kita...insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan....
walupun korang rasa terbeban dengan thesis ni, hope korang still bley berfikiran positif, yang benda ni adalah untuk kebaikan korang suatu hari nanti...moga segalanya dipermudahkan dan kita dapat grad dengan jayanya...
MySpace

p/s : moga persahabatan yang terjalin kekal selamanya...kpd dak2 biochem yang baca bnde ni..tlg emelkn kat aq pic korg sorg2..aku nak wat kolaj untuk biochem...=)

Labels: , ,

Tuesday, March 29, 2011

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _
~Al-Imam Ghazali~




Saturday, March 26, 2011

jangan sesekali engkau menelan terus kemanisan dan membuang terus akan kepahitan..Kerana kemanisan kadangkala membuatkan hati dan jiwa insan mudah 'jatuh sakit'...dan kepahitan itu adakalanya adalah 'ubat' untuk diri dan juga jiwa dalam melawan 'penyakit'..Kesusahan itu mematangkan jiwa dan kesenangan sentiasa boleh memanjakan diri kita.




Friday, March 25, 2011

::~Mampukah Aku?~::


بسم الله الرحمن الرحيم

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah..
Susah..dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah…

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik ....padang.... pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
Permaisuri hidup Nabi Ayub….
pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…
namun ia kembali kerana iman yang kuat…
telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah miliknya…

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah…...


Labels: , ,

Thursday, March 24, 2011

::~Congratz!!!~::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt....
apa habaq sume?lama no x hapdet...habeh dok bersarang blog ni...hee~
ni hapdet ni bukan nya apa....juz nak ucapkan congratz kat adik2 yang mendapat result SPM semalam...tak kira la korang dapat result baguih ka, tak bapa baguih ka...yang penting result tu adalah titik peluh hangpa semua...hee~
ingat ye adik-adik, if anda punya result tak bapa baguih pown, masih banyak peluang yang terbuka luas untuk adik2 semua...ingat ni..

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tudak baik bagimu.."[2:216]
Sekarang ni mesti sume dok busy2 nak pergi mana lepas ni kan..dapatkan lah nasihat daripada mereka yang berpengalaman ye..teringat plak tym dapat result dulu2...pagi-pagi subuh sepi'i dah keluar umah nak gi pudu..yelor dak sekolah jauh, taknak plak bagi mak ngan abah pi kan...berdikari kononnya..memang kitorang dari UPSR sampai SPM, mak ngan abah kami tak datang..tapi bagus gak la,takdak la nampak muka dorang bile cikgu bagi result kat kita kan...hee~

berbalik pada cite nak pi muo tu..tym tu, kalo tak silap aku pi ngan nemo(atiq) n beberapa orang yang aku tak berapa nak ingat...sowie na..malam before tu jangan dok habaq la, ketaq dye, sampai aku tido paling awal dalam family...hahaha~n pagi tu kami dah dok sms dak2 sume tanya macam mane result coz kitorang sampai nak dekat kol 11 lebih, kat radio dah umumkan pasal result sume...bertambah berdebar la kitorang kan...

sammpai-sampai je kat perkarangan SAMURA tu, rasa cam taknak jalan dah...kaki berat sungguh...tapi gagahkan gak...aku target 1 A je, coz yang confident dapat A tu paper math..yang lain cam hampeh jah...n waktu masuk dewan ramai muka yang hepi, n ade gak muka cam kecewa...aku dah cuak dah...adeyh~jumpa ustaz mujib...nasib bek muka dye tenang, kurang sikit la berdebar-debar ni kan...dye cakap result aku, aku cam tak caya, tipu gile la..tapi Alhamdulillah..melebihi target yang difokuskan...hee~

jumpa geng2 study group ku, Shark n Maboo...Alhamdulillah, dorang pon dapat cemerlang gak...mak aku call tapi aku cakap aku tak dapat result lagi...jahat tak?saja taknak bagi tahu...hee~baru la surprise sikit kan...sampai je rumah nak dekat petang...tym tu kak Sal yang jaga kitorang tanya result aku camne, aku cakap aku banyak gila fail, dengan mengeluh nya aku bagi result kat dye..pastu dye menjerit satu rumah, terkejut aku...dye lak over excited kan....haha...pastu peluk aku..mak ngan abah balik dari keje dengan muka excited nak tahu result aku, aku dengan lakonan aku biasa la kan...excited dorang,terus ajak makan luar...Alhamdulillah, usaha keras aku dan rakan2ku berjaya gak akhirnya...tak sia-sia matlamat aku juz untuk bagi contoh yang baik kat adik2 aku je...

ouh, baru sedar panjang lebar gak aku cite ye...nyway, congrats to ARIFREAK SAMURA...batch 27 SAMURA, kakngah n sume la adik2 yang amek result semalam kan...

if ade nak tanya ape2 pasal next path,sila la tanya...jangan segan dan silu...akak sangat seronok dapat tolong korang...i dunno y, i feel so happy bila dapat tolong orang ni...sangat tenang...cam nak further dalam bahagian psikologi la lepas ni, bley x?hee~
*pen off*

p/s : dat's y saya suka jadi fasi...dapat tolong orang...saya sangat suka~

Labels: ,

::~Di mana DIA dihatiku?~::

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernahkah persoalan-persoalan ini mengetuk pintu hati anda? dimana DIA dihatiku? siapa DIA dihatiku? ada kah DIA dihatiku?

Jika persoalan ini pernah mengetuk pintu hati anda, apakah jawapan untuknya?

Mengapakah perlu diletakkan dalam hati?mengapa tidak di fikiran? betapa pentingnya hati ini untuk kita...pernah anda dengar satu quotation "Action speaks Louder than words"?agaknya mengapakah itu?

sebenarnya, manusia lebih mengikut rasa berbanding fikiran dalam melakukan sesuatu..kebanyakan apa yang kita lakukan adalah bergantung pada apa yang kita rasa berbanding apa yang kita fikirkan..contohnya, seperti solat subuh...kita fikirkan solat subuh perlu di lakukan, tapi kita rasa mengantuk dan tidur itu lebih seronok...oleh itu, 'burn' la subuh pagi itu..(mintak dijauhkan ye~)

Mengapa kita perlu meletakkan Allah di hati kita? Apabila Allah berada di hati kita, segala perbuatan kita akan menjurus kepada kebaikan..ibarat pelita, jika pelita diletakkan di atas bumbung, adakah ia akan menerangi seluruh rumah itu? oleh kerana itu lah, kita perlu meletakkan pelita itu di dalam rumah...begitu juga Allah, Allah ibarat pelita dalam hidup kita, jika Allah diletakkan di dalam kepala, adakah kita akan sentiasa mengingatinya? jika Allah berada di hati kita, insya-Allah, segala apa yang diperlakukan, kita akan lakukannya kerana Allah..


apabila Allah hanya di fikiran dan bukan di hati pelbagai perkara yang akan berlaku..pernah kah kita terfikir dan terlihat, bahawa mereka yang mempelajari Agama, tetapi tidak mengamalkan? hampir setiap sekolah yang mempunyai Muslim akan diwajibkan untuk menduduki Pendidikan Agama Islam..hampir segalanya diajar dalam subjek ini, baik tentang akidah, ibadah, akhlak dan juga sirah..tetapi mengapa masih ada lagi segelintir mereka yang mempelajari Pendidikan Agama Islam ini tidak mengamalkannya?

Hal ini adalah disebabkan oleh Ilmu yang Dipelajari tanpa tauhid..hanya dimasukkan di dalam kepala seperti "pendrive" dan kemudian apabila ujian tiba, segalanya akan dimuntahkan di dalam kertas jawapan..Ingatlah, segala apa yang kita pelajari, masukkan ia terus ke dalam hati. dan letakkan Allah di hati anda, agar ketenangan diperoleh..

Kualiti Hati

Bagaimanakah kualiti hati kita? adakah "terbaek" bak kata boboi boy? ataupun biase-biase je? bagaimana untuk kita menganalisa kualiti hati kita ini? cuba kita tanya pada diri kita:

1) Dengan siapa kita bergaul?
2) Buku apa yang telah kita baca?

pernahkah anda ikir apa yang berada di dalam hati kita? apa yang boleh merosakkan hati kita? dengan sifat mazmumah dan ibu bagi sifat mazmumah ini ialah sifat takbur..bila adanya sifat takbur ini dalam hati kita? apabila kita merasakan diri kita ini lebih baik, aapabila orang lain dipandang hina dan kebenaran ditolak..dirasakan bahawa Allah itu tidak BESAR...

apabila merasakan hati kita itu telah kotor, cubalah untuk mengelapnya dan mencuci nya...bagaimana? dengan rasa bersalah dan mohon ampun kepada Allah...cepat-cepat bertaubat, agar titik hitam yang terbentuk tidak akan membbentuk segumpal kekotoran pada hati...nauzubillah..

sebenarnya banyak lagi untuk dikongsikan berkenaan program FEWWIT yang dianjurkan oleh iluvislam.com ni...anda boleh la ke laman iluvislam.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal program yang telah diadakan pada ahad lepas...(yup, baru nak update coz kena siapkan draft...hee~)

p/s : kak Wardina, Ustaz Pahrol Juoi dengan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofree sangat best...tak rasa ngantuk pown...sonok3~




Tuesday, March 22, 2011

::~jom2!!~"""

::~Memori yang Tercipta~::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...mungkin tika ini ade yang nga sedap dok tidur, coz hujan tak berenti dari malam tadi...sejuk wo...tapi aku tak boleh tido lak lepas bangun tadi...hee~
pagi-pagi ni, tak tau nak tulis ape...juz nak mengimbau memori lalu....ouh, rindunya....memori ape?







rindu kat adik beradik UPSM semua...hmmm~kadang-kadang jumpa korang tak tau nak cakap ape, aku jadi segan sendiri...tapi aku sangat rindu kat korang sume....walupun kejap je memori ngan korang tapi sangat rindu la ngan korang...

thanx korang...n sorry atas semua kesilapan yang aku pernah wat selama dalam program dan selama kita kenal...insya-Allah, aku akan ingat korang sampai bila-bila...=)

*pen off*

p/s: moga ukhwah yang pernah kita jalin sebelum ini,akan kekal selamanya...=)

Friday, March 18, 2011

Sultan Muhammad al-Fatih



even brape kali tengok video ni,tak pernah bosan...ade movie tak pasal Sultan Muhammad al-Fateh?if ade sesapa tau sila bg link...=)

p/s: for those yang tak tau siapa beliau, sila lah baca sejarah tentang beliau..pasti anda akan kagum~

Wednesday, March 16, 2011

::~Apa Yang Dicari Wanita Dalam Lelaki??~::

assalamualaikum wbt...
ape kabo sume...moga sihat selalu lah ye hendaknya....
so, saya dengan ini nak buat entry yang agak mengarut sikit...hee~bukan sikit kot,maybe banyak...
orait, let's begin...
hampir semua orang kat dunia ni nak cari pasangan hidup yang baik, kalo bagi yang Islam yang soleh n solehah untuk menempuhi liku-liku kehidupan sebagaimana fitrah penciptaan manusia, iaitu lelaki dan wanita diciptakan untuk saling memerlukan....

now, ni mesti ramai lelaki-lelaki semua nak tau ape sebenarnya ciri-ciri lelaki yang dicari-cari wanita..


1. Beriman dan Soleh.-  Maksud beriman disini ialah sentiasa menjaga diri mereka, dari memandang yang tak tentu hala dan menyentuh yang belum hak bagi mereka. Lelaki haruslah menjaga solat mereka..(da main point ni~) kalau lelaki tu tak jaga solat dorang, macam mana bila kahwen nanti?anda sebagai imam harus amek berat pasal solat ya...

sumbangan mr.google~


2. GentleMan. - ni memang jadi idaman setiap wanita la kan...gentleman yang macam mana?cukup la sekadar memberi sedikit keutamaan kepada wanita...contoh situasi...
seorang makcik tua masuk dalam tren...anda(lelaki) sedang duduk tym tu, ape salahnya kalau bagi makcik tu duduk kan..confirm, ade budak perempuan yang berdekatan akan memandang anda...hee~
gentleman cm dia ni dlm boys before flower..hee~

3. Prihatin - prihatin atau ambil berat evrything pasal perempuan tersebut. Prihatin yang macam mane? bila dye sakit, selalu ambil berat pasal dye.bila dye nak exam, bagi sokongan, kalo dye nak study jangan dok mesej o kaco dye. kalo bley kan, ape yang dye cakap kena ingat, contoh cam kelas dye ble,kol bape sume. pempuan akan kagum dengan anda jika anda bersikap prihatin..

4. Caring - bila dye sakit je korang terus cakap nak gi melawat dye bawak bekal bagai..(ok,tu melampau..haha.)cukup la korang call sekali dua n suh dye makan n makan ubat...jangan call selalu, kalo korang call selalu nanti mungkin tak dapat nak call dye dah coz dye dah campak phone dye ke dinding n barai...



5. kid's Lover - pencinta kanak-kanak ni selalu mendapat perhatian gadis2...(yeke??)but it's necessary untuk anda mencintai kanak-kanak..kalo tak macam mana pempuan nak tahu yang anda ni boleh bertanggungjawab menjadi suami yang baik suatu hari nanti...betoi tak rakan2 sekalian?

ha,tu dia~kawaii~

6. hormat n pandai amek hati orang tua - pempuan akan menjadi orang yang sangat bahagia dalam dunia bila ada lelaki yang pandai amek hati kedua orang tuanya..seriously...kalau bley, before nak kenal ngan dat girl o kuar ngan dye, pi mintak permission kat mak pak dia lu...mesti cair nye hati dye coz dye rasa anda ni macam serius nak kat dye.

7. memahami n bertimbang rasa - diz one paling penting..bukannya ape, kadang-kadang ade jenis boys yang suka sangat jealous n mengongkong macam king kong...memang jealous tu tanda sayang, tapi kalo melampau sangat memang susah la, lagi2 kalo pempuan tu memang kerja dye kena wat ngan dak laki,try la faham...kalo pempuan tu sayang gila kat korang takkan la dye nak tiggalkan korang sebab lelaki tu kan...n lagi satu,  kadang2 pempuan ni bila datang angin kus2 dye, dye suka marah2, anda sebagai lelaki takyah la nak majuk2 bagai...tampar nak??(gurau je ek..)juz faham la, perangai dye suka pelik2 tym2 angin kus2 tu datang...(harap korang faham la yer~)


8. tidak terlalu emosi - seperti yg kita tau, lelaki ni mempunyai 1 emosi dan 9 logik..dan waita mempunyai 9 emosi dan 1 logik...n usually, keputusan dan perlakuan lelaki adalah berdasarkan rasional dan bukan nya emosi...sebab tu la, lelaki diberi tanggungjawab untuk memegang kuasa talak padanya...n diz one dipetik dari chapter 'cinta antara planet' dalam buku "Aku Terima Nikahnya", menurut ustaz Hasrizal, lelaki yang sering emosional dan kurang rasional nya, adalah kurang kelelakiannya~bukan saya yang cakap ye, ustaz Hasrizal yang tulis dalam bukunya...n gurl tak bape nak suka lelaki yang terlampau emosional ni...sebab pempuan akan jadi lebih emosional...hee~


9. Karier - mungkin kaum2 adam ni akan tertanya-tanya karier yang macam mane yang diinginkan oleh perempuan kan? orait, tak semua perempuan nak laki yang kaya raya, anak tan sri lah, datuk lah..(teringat video si mat luthfi..hehe~)wat so ever lah kan...perempuan hanya memerlukan lelaki yang mempunyai kerjaya yang tetap dan stabil...tak kesa la dok kerja bertani pown, tapi rajin berusaha pown dah kira baik hangpa taw dok...cukup la lepaih wat makan minum n belanja satu rumah...



10. Rupa - rupa pown memainkan peranan penting gak...ada satu blog yang ceq baca, ada dok cakap pasal paras rupa dalam pencarian pasangan ni...tapi jangan plak hang dok pi wat plastic surgery sebab hang rasa diri hang ni tak cukup hensem...hee~kalau anda rasa diri anda tak cukup hensem, mungkin ade orang yang akan rasa diri anda ni hensem...pandangan orang berbeza kot...bersyukur dengan apa yang anda ada~

hmmm~amacam?adakah ini membantu??point-point kat atas ni, adalah hasil pembacaan dan survey terhadap beberapa rakan-rakan wanita...hee~n we all know that nobody in diz world are perfect...but we tend to fix and try our best to be a better person rite? 

zera tulis ni bukan sebab apa ye, coz ada terbaca blog orang ni n dye cakap banyak sagat tulis pasal ciri-ciri perempuan yang diingini, tapi takdak pown cite pasal ciri-ciri lelaki yang diingini...hope entry ni dapat membantu~ n banyak lagi actually orang yang buat entry pasal ni... sila ke link2 dibawah ini:-

  1. http://lulabeestrawberry.blogspot.com/2010/01/ciri-ciri-lelaki-idaman-wanita.html
  2. http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/06/27/10-lelaki-idaman-wanita/
  3. http://www.jomlayan.com/mybb/10-ciri-ciri-lelaki-idaman-wanita-t-14586.html
kepada lelaki2 di luar sana, renung2 kan dan selamat beramal~


p/s: apa kata kita betulkan diri kita dulu, untuk mendapat pasangan yang lebih baik...insya-Allah..Allah sentiasa mendengar doa kita...


Labels:

Monday, March 14, 2011

::~Damba Kasih~::



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

p/s : harap diri ini sentiasa dalam rahmat-Mu...maafkan diriku sekiranya ada melakukan dosa pada kalian...

Friday, March 11, 2011

Jodoh: Mencari atau Menunggu

Assalamualaikum sume~
ni nak share sikit ngan sume...sebab hari tu ade terbaca kat blog sumone...pasal jodoh ni kita kena berusaha...n sila lah baca artikel ni...diambil dari iluvislam.com~

Jodoh: Mencari atau Menunggu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seorang user komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.

Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"

Pada mulanya saya tersenyum.

Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.

Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.

Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.

Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.

Ramai yang keliru

Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.

Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?

Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.

Mereka hangat bercinta.

Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.

Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.

Namun, mengapa semua ini berlaku?

Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?

Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?

Jodoh – suatu ketentuan?

Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.

Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - \[Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.

Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),

Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir(Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk -semuanya dari Allah jua."

Lelaki itu berkata: "Tuan benar."

\[HR. Muslim]

Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?

Usaha yang sebenarnya

Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.

Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?

Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.

Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.

Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.

Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.

Ya, tidak perlu. Mengapa?

Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?

Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.

Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?

Tiada.

Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.

Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.

Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.

"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - \[HR Bukhari dan Muslim]

Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.

Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.

Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?

Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.

Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.

Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?

Jika sudah mampu

Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.

Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.

Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.

Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri

Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?

Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.

Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.

Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?

Iya.Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - \[Surah An-Nur, 24: 26]

Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama.Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.

Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.

Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.

Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.

Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.

Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.

Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.

Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.

Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.

Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.

Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?

Sudah tentu tidak.

Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.

]Jika redha Allah yang dicari...

Sudah nampak apa yang harus dilakukan?

Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber'couple', perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?).

Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (ber'couple'), saya diberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.

Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?

Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?

Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?

Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.

Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.

Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.

Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?

Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.

Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.

Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,

'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - \[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

[LINK=/www.iluvislam.com]- Artikel iluvislam.com

harap artikel ni dapat membantu anda~



Thursday, March 10, 2011

:~best friends are forever~::


Crazy days and screwed up night...Tons of crushes and stupid fights..Secrets we'll take to the grave..Picture we'll forever save..Through thick and thin, always true...Best friends are forever...

We cry, we smile...together we face any obstacle...kemanisan ukhwah sangat terasa apabila bersama kamu2...Alhamdulillah, Allah pertemukan kita semua...=)

Labels:

::~40 orang kanak-kanak sesat di alam maya!~::

Facebook,6 Mac- Sekumpulan kanak-kanak berjumlah 40 orang dijumpai sesat di alam maya setelah hampir 11 tahun dilaporkan hilang oleh guru kelas mereka. Guru kelas mereka, Encik Adin bin Hussin menyatakan syukur yang tidak terhingga kerana berjaya menjumpai anak-anak didiknya yang telah menghilang sejak tamat persekolahan di Sekolah Kebangsaan taman Keramat 1 itu...
"amat tersentuh dan teramat gembira hatiku apabila membaca komen2 kalian.Sudah besar2 anak2 didikku dahulu. Moga2 menjadi orang yang berguna untuk orang lain di dunia ini dan gemilang di akhirat. Apa2 info rujuk kat wall cikgu k. Cikgu sayang semua....miss you always." -Encik Adin bin Hussin,39 tahun..
Dengan tak semena-mena nya, semua anak didik Encik Adin meng'add' beliau sebagai rakan di Facebook setelah merasa kehilangan hampir 11 tahun...

orait2,enough la kot...penat nak merapu panjang-panjang...hahaha~just wanna share some good moment wif all da bloggers...hee~pada 6hb Mac tu tak tau la nape, aku rasa cam rindu sangat2 tym sekolah2, tym matrix n tym kanak2 dulu...so, dengan tak ingat kerja yang berlambak nya dan dengan penuh kegigihan aku dok scan sume picture lama2 zaman tok kaduk dulu n upload kat dalam Muka Buku~picture yang paling aku suka ialah....

 

ni pic time darjah 5...5 Ehsan kat SK Taman Keramat 1...banyak kenangan dalam kelas ni...kelas kami menang hampir tiap minggu untuk kelas terbersih dan kelas tercantik...huhu...hebat tak?semua berkat cikgu Adin,dia memang sangat tegas bab-bab kebersihan ni...huhu~

tym aku upload ni, aku tag la budak2 yang ramai kawan2 dulu2 kan...pastu main tag2 sume orang...sonok lak, bukak cite2 masa dulu...macam2 cite kuar...skandal2, usik2, n macam2 lagi la...dulu yang paling ingat sekali,kitorang tak panggil kawan2 ngan nama dorang, kitorang panggil ngan nama bapak...korang dulu tym skola camtu gak tak??ke kitorang je yang macam tu ek?hee...

nga dok cite2 n sembang2 kat pic tu, tetiba ade seseorang add aku kat fb...aku pown bukak la...dengan rasa tak caya nye, n rase hepi nya...cikgu adin add aku...gile la...lama kot aku cari dye kat fb...rupa2 nya selama ni aku salah type name dye....ingatkan ade 2 'D'...rupa2 nya 1 'D' jah...sangat tak sangka kot beliau add aku...punya lah hepi...huhu~tym skola2 dulu cikgu ni dah macam bapak kedua aku dah...dye la slalu bagi nasihat macam2...pastu aku slalu tolong dye kat kebun dye...best gile okeyh...n tak sangka dye ingat aku sampai skang...n paling tak bley bla nye dye cakap gini..
"Teringat kat mata kuyu Hazirah masa kecik smpai skrg x berubah."
sabar jer la kan...tu yang beliau ingat...but orait gak la kan...jadi trade mark lak untuk orang ingat kat aku...hahaha~orait2...insya-Allah, lepas ni mungkin dorang akan wat reunion kot...n aku pasti akan pergi...n to sumone-dat-i-don't have to mention..kalo tym reunion nanti datang la..semua orang nak jumpa n hope semua ada...kalau taknak saya muncul depan anda saya juz ngan membe2 gurl je..=) n i do really hope, cikgu adin pown join sekali...hee~

insya-Allah, moga ukhwah yang kita pernah jalin dulu, kekal sampai bila2...i do love u all my friends...hee~

p/s : macam mana la muka masing-masing nanti ek?Alhamdulillah,sume membe2 dah jadi orang dah...moga kita guna segala ilmu yang kita ada di jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna kepada orang lain~




Labels: , ,

::~'Blogwalking Lebih Mudah Dengan...'~::

Assalamualaikum wbt...
huhu~lame rasenye tak membuat lawatan sambil belajar di blog2...huhu~


best oh berjalan-jalan membuat lawatan sambil belajar kat blog ni...kena plak ngan aku yang sangat le suke membaca, tak kesa la benda mengarut ke, benda ilmiah ke...ape2 je la kan...ni ak bagi tips mudah untuk korang berjalan-jalan dan melompat-lompat dari blog ke blog yang lain...nak tau ape tips nye??

anda boleh layari ke blog yiedpozi ni dan bace instruction2 yang diberi dan anda dah boleh menggunakan widget tersebut...mudah bukan??(ceh, macam iklan plak..)ia semudah ABC, itu saja untuk kali ini...smart disini, store juga disini...jumpa di lain kali dengan hos anda salman bhai~hahaha~

dah mengarut je...out~

p/s: membaca itu jambatan ilmu...kalo baca tu jambatan, ape yang lalu kat jambatan ek??renung2kan...hee~;)






Labels:

Wednesday, March 9, 2011

::~Glam n Glitz '2011'~::

Assalamualaikum wbt...
now, aku maw cite pasal dinner Kolej Burhanuddin Helmi yang bertemakan 'Glam n Glitz'...actually tak tau nak cite camne kan...because overall, nak kata gempak sangat pown tak la kan...biasa2 jah uollz...
seperti biasa, aku ngan zurin akan bersama..n yang paling excited ialah kami akan duduk semeja dengan erin, zaza, doreen, tiqa dan sewaktu dengannya...hehe~
mungkin aku pernah cite dulu, zaza ialah my ex-roomate waktu 1st year dulu...(yelor, kami dok asrama waktu 1st year jah...sob3...)

kami datang nak kata lambat tak jugak la...bley kata on time la(before vvip mai)...hee~
kitorang gi berempat, aku, erin, zurin ngan nati..berjalan lah kami dari burhan ke dectar....ada bus tapi kami lambat coz nak solat sume dulu...plus, kelas habis nak dekat kol 7...mesti la lambat sikit kami siap...

dah la...rasa cam malas plak nak type panjang2...hangpa sume tengok sendiri la apa kami wat tym dinner ritu...n kami pakai biasa2 je...malas nak glam2 sangat sebab takdak mood sangat pown untuk dinner ni...hee~
berikut merupakan ahli meja kami~

tiqa,zaza,doreen n nanad~

zurin,aku,erin n nati~

ade lagi sorang sebenornye...si kapan...tapi beliau datang untuk makan dan pulang...huhu...tak banyak yang menarik sangat dinner kali ni...yang best nye, kitorang dapat lagi cabutan bertuah untuk tahun ni...tahun lepas kitorang dapat meja bertuah...tahun ni dapat cabutan bertuah plak...dapat la hamper lagi...

erin,zurin n aku~

wif my ex roomies...mish her so much~

geng 310 sewktu ketika dahulu...tapi tika takde plak~

dat's all la kan...nak sambung wat keje...dinner ni was on 28th feb hari tu...baru nak sambung type balik coz tak larat hari tu...hee~

p/s: moga ukhwah kita akan tetap utuh sampai bila2 ye...insya-Allah~